Pihak pengurusan selalu tekankan perlunya ada 'human touch' atau sentuhan manusia.
Maksudnya, kalau mahu kejar bayaran dari pelanggan pun tidak boleh main telefon-telefon sahaja. Mereka lebih suka kalau kami pergi jumpa pelanggan terus.
Tapi aku kadang-kadang degil. Saja telefon dahulu sebab mahu 'check the ground'. Sudah sampai mana. Tak ada nanti, bila aku sampai, pelanggan kata, "belum ada lagi" dan suruh aku datang balik minggu depan.
Sentuhan manusia ni ada pro dan kontranya. Ada yang aku setuju, dan ada yang tidak.
Kalau di telefon pun, kadang-kadang pelanggan buat kau macam bola, sekejap sepak ke talian sana, sekejap sepak ke talian situ. Akhirnya, talian terputus.
Atau bila berjawab, "Eh! Saya tak tahu la pasal ini, encik! Boleh tak encik telefon semula esok."
Dan kadang-kadang, bila semua nombor rujukan pesanan sudah ada di tangan, tapi pegawai di bahagian kewangan tak mahu bantu atas alasan yang cukup mudah, "tidak ada dalam senarai lagi" atau "masih dalam proses".
Bila aku tanya, "bila nak masuk senarai?" atau "prosesnya sudah sampai mana?", mereka mula marah-marah.
P****k!
22 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sentuhan manusia? sentuhan kecundang aku tau la..:)
Post a Comment